- Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam telah menerima kunjungan daripada YBhg. Prof. Dr. Yatimah Alias, Naib Canselor UMPSA bersama Dekan FTKA, Dr. Noram Irwan Ramli serta Pengurusan dan wakil teknikal FTKA ke makmal-makmal FTKA pada 9 Oktober 2025
- Lawatan Penanda Aras Politeknik Kota Bharu (PKB) Kelantan ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam UMPSA pada 9 Oktober 2025. Delegasi juga turut berkunjung ke makmal FTKA untuk melihat pendekatan pembelajaran yang digunakan oleh pelajar FTKA UMPSA
- Program Mobiliti tidak berkredit bertemakan Empowerment Journey di Surabaya, Indonesia pada 30 September 2025 - 5 Oktober 2025 yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ramadhansyah Putra Jaya sebagai perkongsian pengalaman dan amalan terbaik di Indonesia
- Taklimat MINDS Slot Fakulti bagi Pelajar Baharu Program Sarjana Muda Semester I Sesi Akademik 2025/2026 Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, UMPSA yang telah diadakan pada 1 Oktober 2025 bertempat di WDKU-10, UMPSA Kampus Gambang
